Selasa, 7 Jun 2011


kosong saja pengisian pada hari ini setelah bangun dari tidur sehingga kini. aktiviti yang dilakukan hanya melayari internet dan sambung tidur. tugasan masih banyak yang belum disiapkan tetapi aku ini tetap tidak berusaha untuk melakukannya. bukakanlah jalan kepada hamba ini untuk terus berusaha dalam mendapatkan ilmu pengetahuan akhirat dan duniawi.

Isnin, 6 Jun 2011

Kuliah Oh Kuliah


saat ini aku melakukan kesilapan lagi
ponteng kelas dalam keadaan sengaja
rasa malasnya nak pergi kelas itu
semacam x berminat untuk mengikuti sistem pembelajaran yang diamalkan

lebih selesa untuk aku berada di dalam bilik
melayari internet dan melakukan tugasan

lagipun ini baru kali pertama aku ponteng kelas ini...

Sabtu, 21 Mei 2011

PenghAraPan



Insan...

aku hanya mampu diam tanpa kata
seakan sekujur tubuh yang tidak bernyawa
siapalah aku untuk mengawalmu
sedangkan Penciptamu lebih berkuasa

Kini...

engkau hanyalah kenangan masa silam
terpendam di sudut hati yang dalam
tidak mampu untuk aku melupakan dalam waktu yang singkat ini
namun aku terpaksa kerana engkau telah dimiliki

Sayu...

hanya itulah yang dapat aku rasakan
mencuba untuk senyum di sebalik hati yang kecewa
mencuba langkahku perlahan mengharap
hari yang mendatang dikuatkan semangat

Ya Allah...

andai dirinya bukan untukku
tentukanlah sebaik-baik jodoh untukku
andai sememangnya jodoh mereka
limpahilah kerahmatan dalam hidup mereka

Doa...

hanya itu yang mampu aku lakukan
mengharap kebahagiaan diriku dan juga dirimu
sentiasa sinari kehidupan kami dengan hidayahMu
tentukanlah sebaik-baik pengakhiran buat kami