Sabtu, 21 Mei 2011

PenghAraPan



Insan...

aku hanya mampu diam tanpa kata
seakan sekujur tubuh yang tidak bernyawa
siapalah aku untuk mengawalmu
sedangkan Penciptamu lebih berkuasa

Kini...

engkau hanyalah kenangan masa silam
terpendam di sudut hati yang dalam
tidak mampu untuk aku melupakan dalam waktu yang singkat ini
namun aku terpaksa kerana engkau telah dimiliki

Sayu...

hanya itulah yang dapat aku rasakan
mencuba untuk senyum di sebalik hati yang kecewa
mencuba langkahku perlahan mengharap
hari yang mendatang dikuatkan semangat

Ya Allah...

andai dirinya bukan untukku
tentukanlah sebaik-baik jodoh untukku
andai sememangnya jodoh mereka
limpahilah kerahmatan dalam hidup mereka

Doa...

hanya itu yang mampu aku lakukan
mengharap kebahagiaan diriku dan juga dirimu
sentiasa sinari kehidupan kami dengan hidayahMu
tentukanlah sebaik-baik pengakhiran buat kami

Selasa, 19 April 2011

Pagi iTu...

senyap sunyi terasa disekeliling
bagiku ianya ketenangan yang perlu dihargai
Pagi iTu...
jiwaku tenang sementara mindaku dapat berfikir
dengan selancarnya
sungguh indah ciptaan tiada tandingan iTu
aman dan damai amat terasa...
Pagi iTu...
mengira akan usia dan mengenang akan nasib diri
bertuah dengan kurniaan rezeki
tetapi hanya aku yang SENTIASA lalai
dalam kemewahan dunia SEMENTARA
Pagi iTu...
di balik jendela tersergam indah ciptaanMu
memuji didalam hati yang kecil
terasa syukur kerna dapat membuka mata lagi
semoga...
dapat menjalankan amal ibadat yang lebih baik dari semalam
dapat mengurangkan kemaksiatan dosa yang dilakukan semalam
"hari ini mestilah lebih baik dari semlam"

Isnin, 11 April 2011

DeTik iTu...

detik itu...
aku terhenti dan terpaku memandang sesuatu yang pasti bukan milikku...
hanya mampu memuji dalam segenap waktu...
lidahku kelu sambil badanku terhenti kaku...
mencari-cari titik noktah kepada persoalan itu...
bukan jawapan yang aku harapkan...namun hanya titik noktah yang memberikan ketenangan...
memberikan aku peluang untuk berlari-lari...sambil mindaku bebas berputar mencari haluannya...