Ahad, 12 Jun 2011


final piala FA 2011

pertarungan yang sengit antara kedua-dua pasukan pantai timur berlangsung dengan begitu sengit pada tarikh 11.06.2011. permainan yang bermula pada pukul 08:45 pm telah diadakan di stadium Nasional Bukit Jalil. peringkat akhir piala FA 2011 telah menarik ramai penonton dan penyokong dari pantai timur untuk berarak ke stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberikan sokongan terhadap pasukan masing-masing. apa yang dapat diringkaskan ialah kemenangan telah berpihak kepada pasukan Terengganu apabila berjaya menjaringkan gol sebanyak dua kali berbanding dengan pasukan Kelantan iaitu satu gol. perlawanan yang sememangnya penuh dramatik apabila Kelantan berjaya mendahului Terengganu pada awalnya. namun Terengganu dapat menyamakan kedudukan pada saat-saat akhir perlawanan apabila salah seorang pemain pertahanan Kelantan tertanduk bola ke dalam gol sendiri yang menyebabkan perlawanan terpaksa berlangsung ke masa tambahan selama 30 minit. Terengganu yang mula mendapat suntikan semangat tidak patah semangat untuk terus berjuang menghasilkan gol pada masa tambahan. begitu juga kelantan yang tetap berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan kejayaan milik mereka. namun Terengganu terus menambahkan jaringan yang bermula dengan tendangan sudut yang kemudiannya disudahi dengan begitu cantik oleh pemain Terengganu iaitu Ahmad Nordin. kedudukan kekal sehingga wisel penamat ditiup yang menyaksikan Terengganu berjaya menjuarai piala FA 2011 dan kemudiannya membawa pulang piala FA ke Terengganu. hal ini kerana piala FA akan diganti dengan piala baru pada musim akan datang. tahniah pasukan Terengganu kerana telah membanggakan penyokong-penyokong Terengganu termasuk aku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan