Selasa, 14 Jun 2011

TANGGAL 14.10.1989 jam 09:45am telah lahir seorang insan yang cukup akan sifatnya di atas muka bumi ini. insan lelaki itu kini telah meningkat remaja apabila hari terus berlalu. sekiranya dahulu dia yang tidak mampu untuk menggangkat tangannya sendiri. namun kini dengan izin yang Maha Berkuasa dia mampu untuk menulis, berlari, bercakap, tersenyum dan bergurau senda. masa yang telah berlalu mematangkan dia untuk lebih mengenal akan dunia yang didiaminya sekarang ini. detik-detik yang telah berlalu meninggalkan begitu banyak kenangan manis dan pahit yang perlu dilaluinya. sehingga kini dia masih berpeluang untuk merasai nikmat untuk mendapatkan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang lebih bermakna. namun sejauh mana pengalaman dan ilmu itu lebih berharga adalah begitu sukar untuk dikenalpasti. semoga dia diberikan kemudahan dalam menjalani kehidupan yang penuh makna di atas muka bumi ini. semoga dirinya sentiasa diberikan hidayah untuk melakukan sebarang kebaikan dan menolak sebarang kemungkaran sepanjang hidupnya yang akan datang. dia yang berusia 22 tahun ini masih lagi bergantung kepada Maha Berkuasa untuk menentukan hidupnya. sesungguhnya dia ini hanyalah hamba yang tidak mampu untuk melakukan apa-apa. wahai Tuhanku...berikanlah sebaik-baik kesudahan kepada dirinya.amin...
TIDAK lupa akan kedua-dua orang tuanya yang selama ini membazirkan masa dan tenaga serta wang ringgit dalam membesarkan dirinya. jasa dan pengorbanan mereka tidak mungkin sanggup dipikul oleh orang lain lagi. Ibu dan Ayah...dirimu begitu berharga buatnya. semoga mereka sentiasa mendapat kerahmatan dan dilindunggi daripada kejahatan dan godaan syaitan. wahai Tuhanku...berikanlah sebaik-baik kesudahan kepada mereka.amin...
Daripada dirinya yang telah berusia 22 tahun...
Ahad, 12 Jun 2011

final piala FA 2011
pertarungan yang sengit antara kedua-dua pasukan pantai timur berlangsung dengan begitu sengit pada tarikh 11.06.2011. permainan yang bermula pada pukul 08:45 pm telah diadakan di stadium Nasional Bukit Jalil. peringkat akhir piala FA 2011 telah menarik ramai penonton dan penyokong dari pantai timur untuk berarak ke stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberikan sokongan terhadap pasukan masing-masing. apa yang dapat diringkaskan ialah kemenangan telah berpihak kepada pasukan Terengganu apabila berjaya menjaringkan gol sebanyak dua kali berbanding dengan pasukan Kelantan iaitu satu gol. perlawanan yang sememangnya penuh dramatik apabila Kelantan berjaya mendahului Terengganu pada awalnya. namun Terengganu dapat menyamakan kedudukan pada saat-saat akhir perlawanan apabila salah seorang pemain pertahanan Kelantan tertanduk bola ke dalam gol sendiri yang menyebabkan perlawanan terpaksa berlangsung ke masa tambahan selama 30 minit. Terengganu yang mula mendapat suntikan semangat tidak patah semangat untuk terus berjuang menghasilkan gol pada masa tambahan. begitu juga kelantan yang tetap berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan kejayaan milik mereka. namun Terengganu terus menambahkan jaringan yang bermula dengan tendangan sudut yang kemudiannya disudahi dengan begitu cantik oleh pemain Terengganu iaitu Ahmad Nordin. kedudukan kekal sehingga wisel penamat ditiup yang menyaksikan Terengganu berjaya menjuarai piala FA 2011 dan kemudiannya membawa pulang piala FA ke Terengganu. hal ini kerana piala FA akan diganti dengan piala baru pada musim akan datang. tahniah pasukan Terengganu kerana telah membanggakan penyokong-penyokong Terengganu termasuk aku.
Langgan:
Catatan (Atom)
