Selasa, 21 Jun 2011

Jalan-jalan

HARI ini kisah aku nak ceritakan suatu pengalaman baru ketika bersiar-siar di dalam kawasan universiti Putra Malaysia. agak penat lah kalo nak diikutkan kerana aku berjalan-jalan saja pon dah dekat tiga kilometer. belum lagi cerita pasal cari perhentian bas, nak cari bas nak cari tempat dalam universiti tersebut...

sebenarnya aku mula bertolak dari UKM jam 1200 dan setibanya dekat UPM pada pukul 1300. cepat lah masa yang aku ambil untuk sampai dalam UPM sebab naik teksi. kalau naik bas nak masuk UPM aku pun tak tahu bila agaknya dapat sampai. sampai dalam UPM aku ni merancang nak tengok perlawanan bola tampar sempena sukan antara universiti(MASUM) 2011. tapi kan dah sampai je kat sana tempat perlawanan pula dipindah ke tempat lain. tempat itu dah la jauh daripada tempat asalnya. aku dengan seorang kawan ini pun dah kebuntuan idea untuk pergi ke sana lantas mengambil keputusan untuk kembali semula ke stesen KTM lalu pergi ke MidValley.

kisah dekat MidValley pula aku nak kongsikan pula ialah inilah kali pertama aku masuk menonton dalam panggung wayang. tengok cerita KL Gangster ...bagi aku ada lah sikit perasaan teruja dan gembira setelah berpeluang untuk menonton panggung wayang. dengan skrinnya yang begitu besar ditambah pula kesan bunyi yang menggegar panggung tersebut membuatkan aku hanya tertumpu kepada cerita yang ditanyangkan.

kemudiannya aku pun pulang ke kolej kediaman pada pukul 2000.

sebenarnya aku malas nak cerita secara detail tentang penggembaraan aku ni...dipendekkan cerita perjalanan aku hari ini ialah dari UKM-->Serdang-->UPM-->Serdang-->MidValley-->KLCentre-->MidValley-->UKM...banyak kali jugak la aku check in dengan check out dekat stesen komuter tu...

ok..habis..terima kasih.:D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan