Ahad, 19 Jun 2011

cerita aku(1)

ERMMM...apa yang mahu aku luahkan hari ini ialah pengalaman biasa yang dilakukan oleh mahasiswa seperti aku dalam menghabiskan masa hujung minggu. biasalah kan kalau hujung minggu aku terbangun pukul 12:00 lepas itu pergi mandi, basuh baju sikit dan makan. sebenarnya itulah rutin biasa yang aku lakukan apabila menjelmanya hujung minggu. ringkas sahaja pengisiannya. dah bangun lewat siang tadi malam ini pula punyalah susah nak mengantuk mata ni...

aku pun ambillah peluang ini untuk membuat cerita baru dalam blog yang sememangnya tak menarik ini. maklumlah budak baru saja nak belajar kan. ambil masa juga untuk menjadikan blog ini menarik dan bermanfaat kepada umum.

lagi satu cerita nak diceritakan ialah aku menonton siaran langsung perlawanan bola sepak persahabatan antara Malaysia dan Myammar. dipendekkan cerita pasukan Malaysia memperolehi kemenangan dengan menewaskan pasukan Myamar dengan jaringan 2-0. TAHNIAH Malaysia walaupun perlawanan ini hanyalah persahabatan tetapi usaha yang diberikan amatlah membanggakan.

sekian untuk hari ini...:p

Tiada ulasan:

Catat Ulasan