Ahad, 12 Jun 2011


final piala FA 2011

pertarungan yang sengit antara kedua-dua pasukan pantai timur berlangsung dengan begitu sengit pada tarikh 11.06.2011. permainan yang bermula pada pukul 08:45 pm telah diadakan di stadium Nasional Bukit Jalil. peringkat akhir piala FA 2011 telah menarik ramai penonton dan penyokong dari pantai timur untuk berarak ke stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberikan sokongan terhadap pasukan masing-masing. apa yang dapat diringkaskan ialah kemenangan telah berpihak kepada pasukan Terengganu apabila berjaya menjaringkan gol sebanyak dua kali berbanding dengan pasukan Kelantan iaitu satu gol. perlawanan yang sememangnya penuh dramatik apabila Kelantan berjaya mendahului Terengganu pada awalnya. namun Terengganu dapat menyamakan kedudukan pada saat-saat akhir perlawanan apabila salah seorang pemain pertahanan Kelantan tertanduk bola ke dalam gol sendiri yang menyebabkan perlawanan terpaksa berlangsung ke masa tambahan selama 30 minit. Terengganu yang mula mendapat suntikan semangat tidak patah semangat untuk terus berjuang menghasilkan gol pada masa tambahan. begitu juga kelantan yang tetap berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan kejayaan milik mereka. namun Terengganu terus menambahkan jaringan yang bermula dengan tendangan sudut yang kemudiannya disudahi dengan begitu cantik oleh pemain Terengganu iaitu Ahmad Nordin. kedudukan kekal sehingga wisel penamat ditiup yang menyaksikan Terengganu berjaya menjuarai piala FA 2011 dan kemudiannya membawa pulang piala FA ke Terengganu. hal ini kerana piala FA akan diganti dengan piala baru pada musim akan datang. tahniah pasukan Terengganu kerana telah membanggakan penyokong-penyokong Terengganu termasuk aku.

Sabtu, 11 Jun 2011

aku yang masih buntu mencari akan makna "nafi dan isbat". apakah itu "nafi dan isbat"?. persoalan yang membelenggu hidup aku yang tidak mungkin dapat diungkapkan dengan sebarangan jawapan. persoalan berkaitan agama seperti ini memerlukan petunjuk dari yang Maha Berkuasa dan usaha yang berterusan sehingga hujung usia.

Jumaat, 10 Jun 2011

dia yang selama ini aku anggapkan lebih bodoh daripada aku
aku yang begitu bangga terhadap diriku
tidak nampak akan kelebihan yang dikurniakan Maha Berkuasa kepada dia
aku seakan tidak percaya...
dia mempunyai ilmu yang tinggi daripada aku
lebih tinggi darjatnya daripada aku
dia yang seakan manusia kerdil dan hina itu...
ternyata lebih berguna daripada aku
yang hanya menyampai bicara kosong
sedangkan kata-katanya penuh makna
aku yang selama ini sering membantah
kerana kebongkakkan dan kesombonggan diri sendiri
namun...
kini aku menyedari kesilapan diri
hidupnya lebih bermakna berbanding aku
jalan dan hidayah aku pohon...
agar hidup aku ini sentiasa disinari hidayahMu
agar dijauhkan sifat-sifat tercela yang akhirnya memakan diriku sendiri
agar diberikan aku semangat untuk terus berada di atas jalan yang sebenarnya...