Sabtu, 18 Jun 2011

Hadiah Hari Lahir Yg Pertama :D

Walaupun setelah 3 hari berlalu hari penting dalam hidupku dalam menyambut hari lahir aku yang ke 22. aku menerima kejutan lagi apabila menerima hadiah hadiah lahir daripada kawan sekelas. inilah hadiah hari lahir aku yang pertama dalam masa 22 tahun aku menempuhnya. tiada ungkapan yang mampu aku luahkan dengan kata-kata. hanya ucapan terima kasih yang dapat aku berikan sebagai balasan kepada awak2 semua.


Perasaan terharu dan gembira bercampur dalam diri aku ini. aku juga sebenarnya tidaklah begitu selesa dengan pemberian hadiah daripada orang lain. mungkin kerana ini adalah pertama kali aku menerimanya. aku akan cuba untuk menhargai apa yang telah menjadi rezeki aku. bab kata pepatah

"rezeki jangan ditolak, maut pula jangan dicari"

Memandangkan ianya memang sukar untuk dijangka akan berlaku pada kemudian hari. maka hadiah tersebut akan menjadi barang berharga kepada aku. akan aku cuba untuk menjadikan ianya kenangan yang amat berharga dalam hidup ini.

" TERIMA KASIH AZIE, NISA DAN FIFYN"

Jumaat, 17 Jun 2011

Habis Sudah Perkuliahan Semester Tiga 2010/2011

SEKARANG jam menunjukkan pukul 1:10a.m menandakan waktu yang terus berjalan meninggalkan waktu-waktu yang telah berlalu kelmarin. hari ini bertarikh 17.06.2011 telah meningalkan 16.06.2011 dalam masa satu jam lebih yang lepas. mengimbau kembali apa yang telah berlaku pada 16.06.2011 memberikan aku beberapa pengalaman untuk disimpan. hari tersebut merupakan hari terakhir perkuliahan untuk semester tiga bagi sesi 2010/2011. namun begitu aku masih mempunyai beberapa tugasan yang perlu disiapkan untuk melengkapkan kursus bagi semester ini. antaranya ialah tugasan untuk membuat pembaharuan dalam mengapresiasikan teknologi maklumat untuk digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. apa yang aku dapat ialah beberapa maklumat baharu mengenai teknologi maklumat masa kini. pensyarah ingin pelajar untuk membuat sampel yang aku sendiri tidak memahami bagaimana untuk siapkannya. namun aku terus sahaja membuatnya dengan menggunakan WEEBLY.COM. aku pun tidak pasti adakah betul atau tidak tugasan yang aku sediakan. selain kursus tersebut, aku juga dikehendaki menyiapkan dua buah cerpen serta membuat satu blog. blog tersebut digunakan untuk menulis beberapa catatan yang boleh memberikan ilham kepada aku untuk menulis cerpen. sebenarnya penulisan blog tersebut lah yang membangkitkan minat kepada aku untuk terus membangunkan blog ini. pembaca boleh melayari blog tersebut pada link ini http://faizalskmm2083.blogspot.com/. setelah habisnya kuliah bagi semester ini aku perlu memberikan perhatian dan penekanan kepada sedikit tugasan dan peperiksaan yang bakal menjelang tidak lama lagi. harapan aku adalah dapat melakukan sebaik yang mungkin agar meningkatkan gred.

*penulisan aku agak buruk kerana aku sememangnya lemah dalam berbahasa. oleh itu, sekiranya terdapat sebarang kesalahan bahasa amatlah dikesali dah tidak disengajakan.

Khamis, 16 Jun 2011

Terima Kasih


WAU...hari ini aku mendapat kejutan kerana ada hamba Allah ini telah mengucapkan selamat hari lahir dalam keadaan yang aku sendiri tidak menjangka. walaupun agak sempoi namun membawa erti yang amat mendalam kepada aku. setelah 22 tahun aku merentasi waktu tetapi inilah kali pertama aku membelah kek. namun bukan kek yang aku ingin memberi penekanan tetapi cara yang dia berikan. tidak mampu untuk aku luahkan dengan kata2 dan tulisan2. namun aku sangat menghargainya dan akan menjadi suatu kenangan yang sememangnya sukar untuk dilupakan. walaupun dalam masa yang singkat ini dia mengenali aku namun ternyata sememangnya dia seorang cekap dalam mendapatkan maklumat. haha...

TERIMA KASIH Dr Mawar(Pensyarah Penulisan Kreatif)