kita semua masing2 ada perancangan yang tersendiri. namun kadang kala perancangan yang kita buat tidak sama dengan perancagan orang lain. bila keadaan seumpama ini berlaku kita haruslah memikirkan tentang masa depan. kesan yang timbul daripada keputusan yang kita buat. dalam dunia ini bukanlah kita saya, awak atau dia seorang saja yang hidup.kita hidup dalam masyarakat yang mempunyai pendapat dan idea masing2. kadang kala kita bersefahaman tetapi adakalanya kita juga berselisih faham. di situ lah masanya untuk menilai kematangan kita dalam membuat keputusan.
F.B.I
Khamis, 26 Julai 2012
Rabu, 25 Julai 2012
Rabu, 18 April 2012
Selasa, 17 April 2012
17.04.2012
kehadiran awak
memberikan sinar harapan
membantu dalam kesamaran
menampakkan titik2 kebahagiaan
awak...
saya mungkin tidak sempurna
namun saya akan berusaha untuk sempurna
untuk awak..
memberikan sinar harapan
membantu dalam kesamaran
menampakkan titik2 kebahagiaan
awak...
saya mungkin tidak sempurna
namun saya akan berusaha untuk sempurna
untuk awak..
Isnin, 16 April 2012
16.04.2012
perasaan seakan meronta gelisah
adakah hati ini masih tidak ikhlas
adakah ini petunjuk padaku
adakah ini dpermainkan lagi
adakah kehadiran dirinya hanyalah sementara
awak...
saya harapkan yang terbaik dalam hubungan kita
bukan sandiwara dunia semata-mata
plezzzzz....:-(
adakah hati ini masih tidak ikhlas
adakah ini petunjuk padaku
adakah ini dpermainkan lagi
adakah kehadiran dirinya hanyalah sementara
awak...
saya harapkan yang terbaik dalam hubungan kita
bukan sandiwara dunia semata-mata
plezzzzz....:-(
Jumaat, 13 April 2012
13.04.2012
berikan ku peluang
terakhir sekali lagi
untuk membukti kasih sejujurnya di hati
MAAFKAN SEANDAINYA CINTAKU TIDAK SEMPURNA
MAAFKAN SEANDAINYA MASIH AMATUR CINTA
terakhir sekali lagi
untuk membukti kasih sejujurnya di hati
MAAFKAN SEANDAINYA CINTAKU TIDAK SEMPURNA
MAAFKAN SEANDAINYA MASIH AMATUR CINTA
Selasa, 10 April 2012
10.04.2012
biarkan detik itu
mengira akan perjalanan yang berlalu
memakan usia yang kian meningkat
mematangkan fikiran
"saya pegang janji awak..i will wait for you"
mengira akan perjalanan yang berlalu
memakan usia yang kian meningkat
mematangkan fikiran
"saya pegang janji awak..i will wait for you"
Isnin, 9 April 2012
09.04.2012
hujan lagi...
rahmat Tuhan masih melimpahi diatas muka bumi ini.
sejuknya nak mandi pagi tadi amatlah x terkira
rasa je macam xnak mandi
sebab dah sejuk sgt2.
tpi...
dapat jugak beranikan dan kuatkan diri ini
biarkan air yang sejuk dan menyegarkan itu menbasahi badan.
leganya...
dah mandi rasa semangat memulakan hari yang baru
memberikan aku kekuatan meneruskan rutin harian
masih..
belum aku dapat aku memahami erta dalam kehidupan ini
membuatkan aku masih tertanya-tanya nasib aku di masa depan
harapan biarlah aku dapat bangun mengecapi erti kehidupan
kepada si dia...
terima kasih kerana memberikan aku peluang
meluahkan isi hati ini
niatku hanya lah mencari teman berkongsi kisah hidup
menjadi bunga di taman hati ini
menjadi teman yang setia
menjadi kawan yang rapat
peneman di saat senang dan susah
menjadi isteri sepanjang hayatku
menjadi ibu kepada zuriatku.
amin...
rahmat Tuhan masih melimpahi diatas muka bumi ini.
sejuknya nak mandi pagi tadi amatlah x terkira
rasa je macam xnak mandi
sebab dah sejuk sgt2.
tpi...
dapat jugak beranikan dan kuatkan diri ini
biarkan air yang sejuk dan menyegarkan itu menbasahi badan.
leganya...
dah mandi rasa semangat memulakan hari yang baru
memberikan aku kekuatan meneruskan rutin harian
masih..
belum aku dapat aku memahami erta dalam kehidupan ini
membuatkan aku masih tertanya-tanya nasib aku di masa depan
harapan biarlah aku dapat bangun mengecapi erti kehidupan
kepada si dia...
terima kasih kerana memberikan aku peluang
meluahkan isi hati ini
niatku hanya lah mencari teman berkongsi kisah hidup
menjadi bunga di taman hati ini
menjadi teman yang setia
menjadi kawan yang rapat
peneman di saat senang dan susah
menjadi isteri sepanjang hayatku
menjadi ibu kepada zuriatku.
amin...
Ahad, 8 April 2012
08.04.2012
pagi yang indah ditemani hujan renyai2
masih menanti jawapan itu
jika dia tercipta untukku
bukakanlah pintu hatinya untuk menerimaku
dan
lapangkanlah diriku untuk menerimanya
ku harapkan keikhlasan di hati menemui sinar kebahgiaan di akhir nanti
masih menanti jawapan itu
jika dia tercipta untukku
bukakanlah pintu hatinya untuk menerimaku
dan
lapangkanlah diriku untuk menerimanya
ku harapkan keikhlasan di hati menemui sinar kebahgiaan di akhir nanti
Khamis, 5 April 2012
Isnin, 19 Disember 2011
19/12/2012
pagi isnin kembali lagi. menyapa ceria kedamaian pagi melembutkan hati melapangkan dada. rasa syukur terdetik didalam diri insani. masih banyak yang perlu dikerjakan diatas muka bumi ini. baik untuk akhirat mahupun duniawi.
Jumaat, 24 Jun 2011
exam dah habis!!!
Selasa, 21 Jun 2011
Jalan-jalan
HARI ini kisah aku nak ceritakan suatu pengalaman baru ketika bersiar-siar di dalam kawasan universiti Putra Malaysia. agak penat lah kalo nak diikutkan kerana aku berjalan-jalan saja pon dah dekat tiga kilometer. belum lagi cerita pasal cari perhentian bas, nak cari bas nak cari tempat dalam universiti tersebut...
sebenarnya aku mula bertolak dari UKM jam 1200 dan setibanya dekat UPM pada pukul 1300. cepat lah masa yang aku ambil untuk sampai dalam UPM sebab naik teksi. kalau naik bas nak masuk UPM aku pun tak tahu bila agaknya dapat sampai. sampai dalam UPM aku ni merancang nak tengok perlawanan bola tampar sempena sukan antara universiti(MASUM) 2011. tapi kan dah sampai je kat sana tempat perlawanan pula dipindah ke tempat lain. tempat itu dah la jauh daripada tempat asalnya. aku dengan seorang kawan ini pun dah kebuntuan idea untuk pergi ke sana lantas mengambil keputusan untuk kembali semula ke stesen KTM lalu pergi ke MidValley.
kisah dekat MidValley pula aku nak kongsikan pula ialah inilah kali pertama aku masuk menonton dalam panggung wayang. tengok cerita KL Gangster ...bagi aku ada lah sikit perasaan teruja dan gembira setelah berpeluang untuk menonton panggung wayang. dengan skrinnya yang begitu besar ditambah pula kesan bunyi yang menggegar panggung tersebut membuatkan aku hanya tertumpu kepada cerita yang ditanyangkan.
kemudiannya aku pun pulang ke kolej kediaman pada pukul 2000.
sebenarnya aku malas nak cerita secara detail tentang penggembaraan aku ni...dipendekkan cerita perjalanan aku hari ini ialah dari UKM-->Serdang-->UPM-->Serdang-->MidValley-->KLCentre-->MidValley-->UKM...banyak kali jugak la aku check in dengan check out dekat stesen komuter tu...
ok..habis..terima kasih.:D
Ahad, 19 Jun 2011
cerita aku(1)
ERMMM...apa yang mahu aku luahkan hari ini ialah pengalaman biasa yang dilakukan oleh mahasiswa seperti aku dalam menghabiskan masa hujung minggu. biasalah kan kalau hujung minggu aku terbangun pukul 12:00 lepas itu pergi mandi, basuh baju sikit dan makan. sebenarnya itulah rutin biasa yang aku lakukan apabila menjelmanya hujung minggu. ringkas sahaja pengisiannya. dah bangun lewat siang tadi malam ini pula punyalah susah nak mengantuk mata ni...
aku pun ambillah peluang ini untuk membuat cerita baru dalam blog yang sememangnya tak menarik ini. maklumlah budak baru saja nak belajar kan. ambil masa juga untuk menjadikan blog ini menarik dan bermanfaat kepada umum.
lagi satu cerita nak diceritakan ialah aku menonton siaran langsung perlawanan bola sepak persahabatan antara Malaysia dan Myammar. dipendekkan cerita pasukan Malaysia memperolehi kemenangan dengan menewaskan pasukan Myamar dengan jaringan 2-0. TAHNIAH Malaysia walaupun perlawanan ini hanyalah persahabatan tetapi usaha yang diberikan amatlah membanggakan.
sekian untuk hari ini...:p
Sabtu, 18 Jun 2011
Hadiah Hari Lahir Yg Pertama :D
Walaupun setelah 3 hari berlalu hari penting dalam hidupku dalam menyambut hari lahir aku yang ke 22. aku menerima kejutan lagi apabila menerima hadiah hadiah lahir daripada kawan sekelas. inilah hadiah hari lahir aku yang pertama dalam masa 22 tahun aku menempuhnya. tiada ungkapan yang mampu aku luahkan dengan kata-kata. hanya ucapan terima kasih yang dapat aku berikan sebagai balasan kepada awak2 semua.
Perasaan terharu dan gembira bercampur dalam diri aku ini. aku juga sebenarnya tidaklah begitu selesa dengan pemberian hadiah daripada orang lain. mungkin kerana ini adalah pertama kali aku menerimanya. aku akan cuba untuk menhargai apa yang telah menjadi rezeki aku. bab kata pepatah
"rezeki jangan ditolak, maut pula jangan dicari"
Memandangkan ianya memang sukar untuk dijangka akan berlaku pada kemudian hari. maka hadiah tersebut akan menjadi barang berharga kepada aku. akan aku cuba untuk menjadikan ianya kenangan yang amat berharga dalam hidup ini.
Jumaat, 17 Jun 2011
Habis Sudah Perkuliahan Semester Tiga 2010/2011
SEKARANG jam menunjukkan pukul 1:10a.m menandakan waktu yang terus berjalan meninggalkan waktu-waktu yang telah berlalu kelmarin. hari ini bertarikh 17.06.2011 telah meningalkan 16.06.2011 dalam masa satu jam lebih yang lepas. mengimbau kembali apa yang telah berlaku pada 16.06.2011 memberikan aku beberapa pengalaman untuk disimpan. hari tersebut merupakan hari terakhir perkuliahan untuk semester tiga bagi sesi 2010/2011. namun begitu aku masih mempunyai beberapa tugasan yang perlu disiapkan untuk melengkapkan kursus bagi semester ini. antaranya ialah tugasan untuk membuat pembaharuan dalam mengapresiasikan teknologi maklumat untuk digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. apa yang aku dapat ialah beberapa maklumat baharu mengenai teknologi maklumat masa kini. pensyarah ingin pelajar untuk membuat sampel yang aku sendiri tidak memahami bagaimana untuk siapkannya. namun aku terus sahaja membuatnya dengan menggunakan WEEBLY.COM. aku pun tidak pasti adakah betul atau tidak tugasan yang aku sediakan. selain kursus tersebut, aku juga dikehendaki menyiapkan dua buah cerpen serta membuat satu blog. blog tersebut digunakan untuk menulis beberapa catatan yang boleh memberikan ilham kepada aku untuk menulis cerpen. sebenarnya penulisan blog tersebut lah yang membangkitkan minat kepada aku untuk terus membangunkan blog ini. pembaca boleh melayari blog tersebut pada link ini http://faizalskmm2083.blogspot.com/. setelah habisnya kuliah bagi semester ini aku perlu memberikan perhatian dan penekanan kepada sedikit tugasan dan peperiksaan yang bakal menjelang tidak lama lagi. harapan aku adalah dapat melakukan sebaik yang mungkin agar meningkatkan gred.
*penulisan aku agak buruk kerana aku sememangnya lemah dalam berbahasa. oleh itu, sekiranya terdapat sebarang kesalahan bahasa amatlah dikesali dah tidak disengajakan.
Khamis, 16 Jun 2011
Terima Kasih

WAU...hari ini aku mendapat kejutan kerana ada hamba Allah ini telah mengucapkan selamat hari lahir dalam keadaan yang aku sendiri tidak menjangka. walaupun agak sempoi namun membawa erti yang amat mendalam kepada aku. setelah 22 tahun aku merentasi waktu tetapi inilah kali pertama aku membelah kek. namun bukan kek yang aku ingin memberi penekanan tetapi cara yang dia berikan. tidak mampu untuk aku luahkan dengan kata2 dan tulisan2. namun aku sangat menghargainya dan akan menjadi suatu kenangan yang sememangnya sukar untuk dilupakan. walaupun dalam masa yang singkat ini dia mengenali aku namun ternyata sememangnya dia seorang cekap dalam mendapatkan maklumat. haha...
TERIMA KASIH Dr Mawar(Pensyarah Penulisan Kreatif)
Langgan:
Catatan (Atom)









.jpg)



